Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Thursday, December 13, 2012
Monday, December 10, 2012
Tips Cemerlang Bahasa Arab
Tiada jalan pintas untuk mencapai kecemerlangan dalam apa bidang sekalipun. Begitu juga Bahasa Arab yang merupakan subjek bahasa asing. Hanya pelajar yang istiqamah dan komited sahaja yang mampu mengambil subjek ini. Di sini saya berkongsi beberapa tips untuk cemerlang dalam subjek ini.

1- Perbetulkan niat kerana Allah. untuk memahami isi kandungan al-Quran, menghayati hadis rasulullah saw dan mendalami ilmu syariah.
2- Sentiasa menjaga solat, berzikir dan membaca al-quran setiap hari. Pelajari dan kuasai makna perkataan dalam solat dan zikir. Bacalah al-Quran terjemahan untuk mengetahui makna kalimah-kalimah. Lagi banyak pahala yang anda dapat bila membaca al-Quran dengan diketahui maknanya.
3- Memberi perhatian kepada penerangan guru dan mencatat segala maklumat yang diberikan. Jangan hanya menjadi seorang pendengar semata-mata.
4-Ulangkaji tajuk yang dipelajari pada hari yang sama untuk menambahkan kefahaman. Jangan menangguh-nangguhkan ulangkali tersebut kerana sifat manusia mudah lupa.
5- Sentiasa berfikir makna perkataan dalam Bahasa Arab terhadap perkara yang dilihat di depan mata. Sekiranya gagal atau tidak mengetahui, sila rujuk kawan atau kamus.
6- Gunakan ucapan dan ungkapan yang biasa digunakan dalam percakapan seharian untuk kemahiran bertutur sebagai persiapan ujian lisan. Ketepikan sifat malu dan segan!
7- Sentiasa merujuk kamus bila berjumpa perkataan baru. Sediakan juga buku catatan peribadi untuk mencatat perkataan baru yang belum diketahui.
8- Tampal perkataan-perkataan penting beserta maknanya di tempat yang biasa dilihat sama ada di depan meja ‘study’ dan sebagainya.
9- Menghafaz perkataan baru sehingga benar-benar mengingatinya.

10- Menyemak kembali hafalan lama(refresh) agar tidak lupa.
11-Hafal karangan sehingga mantap kemudian cuba menulisnya tanpa melihat teks. Buat berulang kali sehingga jawapan anda tiada sebarang kesalahan.
12- Perbanyakan latihan dan latih tubi terutama soalan nahu/qawaid. Perhatikan kesalahan-kesalahan agar tidak mengulanginya pada masa akan datang.
13- Kerap mengadakan perbincangan dalam kumpulan. Cara ini terbukti lebih mudah untuk mengingati kalimah terutama untuk memperkayakan tharwah.
Mudah-mudahan tips-tips ini dapat dijadikan panduan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti. sesiapa yang tidak mampu untuk melaksanakan perkara-perkara ini lebih baik jangan berangan untuk mencipta kejayaan dalam B. Arab.

Sunday, December 9, 2012
Wasiat Ulama' Mengenai Bahasa Arab
Sambungan....
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه وسلم
Suka saya
memulakan perbincangan kita, dengan mengetengahkan beberapa hadith dan athar
yang menunjukkan tentang kepentingan mendalami bahasa Al Quran ini. Diharap ia
akan menjadi peniup semangat untuk kita sama-sama dalam rangka untuk
menpelajarinya perlahan-lahan .
Ketahuilah,
bahawa bahawa ilmu bahasa arab itu amat luas, dan ia mempunyai puluhan cabang ilmu yang mempunyai
pengertian dan kepentingan tersendiri. Walaubagaimanapun, ilmu paling penting dan asas dalam segenap ilmu tersebut
ialah Nahu dan Sorof. Oleh kerana pentingnya ilmu ini maka para ulama zaman berzaman telah mengingatkan anak-anak
didiknya malah mewasiatkannya kepada ahlinya untuk menuntut kedua-dua ilmu ini .
Antaranya
Imam Ibn al Wardi berkata di dalam Lamiahnya;
''Percakapan itu menjadi indah dengan ilmu Nahu. Sesiapa yang tidak mengerti ilmu Nahu maka cederalah percakapannya''
Berkata
Imam al Baihaqi, dari Syu'bah bahawa
beliau berkata ;\
''Jika seorang Muhaddith (pakar hadith) tidak mengetahui Nahu, maka hanya seperti himar yang pada kepalanya uncang makanan tetapi tanpa gandum di dalamnya.''
Dari Abi al
Zanad dari bapanya, bahawa beliau berkata;
'' Tidaklah menjadi zindiq orang di timur melainkan kerana jahil dengan kalam Arab.''
Dari Ibnu
Mubarak, katanya
'' Seseorang tidak dapat menerima apa-apa ilmu selagi mana dia tidak menghiasi ilmunya dengan mempelajari bahasa Arab.''
Telah
berkata Jalaluddin al Suyuti di dala Syarah Alfiyahnya, katanya;
'' Telah bersepakat para ulama' bahawa Nahu amatlah diperlukan dan dikehendaki dalam (memahami) setiap disiplin ilmu terutama tafsir dan hadith. Hal ini kerana tidak boleh seseorang itu berkata-kata mengenai Kitabullah sehingga benar-benar mahir dengan Bahasa Arab, kerana Al Quran itu berbahasa Arab maka seseorang tidak mampu memahami maksudnya melainkan dengan mengetahui qawaid bahasa Arab. Begitu jugalah dengan ilmu hadith.''
Telah
berkata Ibnu al Solah;
''Wajiblah ke atas Muhaddith agar tidak meriwayatkan hadith dengan bacaan yang mempunyai lahan (yang telor)''
Dari Abi
Daud berkata, saya mendengar al Asmai'e berkata
''Perkara yang paling aku takuti berlaku ke atas penuntut ilmu ialah apabila mereka tidak mengetahui Nahu, maka mereka akan termasuk dalam golongan yang disabdakan Nabi,
(( Sesiapa yang berbohong ke atasku secara sengaja maka
sesungguhnya dia telah menyediakan
kerusinya didalam neraka ))
Hal ini kerana Rasulullah tidak meriwayatkan hadith dengan
bahasa mempunyai lahan. Maka apabila seseorang itu meriwayatkan sesuatu hadith
lalu dia berlahan , maka dia telah
melakukan pendustaan ke atas Rasulullah.''
Saya sudahi kalam dengan kelebihan ilmu sorof
oleh Al Adib Al Allamah Syeikh Ahmad ibn Muhammad Zain al Fathani ;
Wahai sahabatku, jika kamu menghendaki kemegahan dan ketinggian, dan tinggal dalam suasana yang seronok dan bahagia di dunia dan akhirat,
Maka rebutlah waktumu dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu, dan jadikan ilmu sorof itu ilmu pertama yang kamu dalami,
Sesungguhnya sorof jika dibandingkan dengan ilmu yang lain umpama ibu mereka, dan ia bak purnama disisi bintang-bintang yang berkelipan,
Dan ia umpama lautan, sesiapa yang menyelaminya akan berjaya mendapati mutiara perbendaharaan kata rumit yang pasti amat tinggi nilainya.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وسلم والحمد لله رب العالمين
Kepentingan Bahasa Arab
"Belajarlah Bahasa Arab........"
Kepentingan Bahasa Arab
Dalam permulaan belajar bahasa arab kita mestilah kena
tanamkan minat dalam diri kita untuk belajar bahasa arab, bagaimanakah kita
ingin tanam minat dalam diri kita? Mula-mula kita mesti tahu apakah kelebihan
bahasa arab, apakah manfaat yang kita perolehi
jika kita tahu berbahasa arab, dan kita kena tahu berapa pentingkah bahasa
arab dalam agama islam.
Kepentingan belajar bahasa arab:
1) Dua dasar ilmu syriat islam(Al-Quran & Al-Sunnah)
adalah ditulis dalam bahasa arab.
2) 90% amal ibadat kita adalah dalam bahasa arab, seperti:
bacaan dalam solat, zikir-zikir dan doa-doa harian. Jika kita tidak memahami apa yang kita baca, apa yang
kita zikir, apa yang kita doa maka kita tidak akan bersungguh-sungguh dalam melakukan
perkara tersebut, kerana kita tidak
mampu untuk menghayatinya.
3) Kita juga dituntut mentadabbur(memahami) makna-makna Al-Quran
apabila kita membacanya. bagaimana kita mampu untuk mentadabbur jika tidak
memahami bahasa arab, melainkan kita baca melalui tafsir..
4) Kebanyakan kitab-kitab ilmu agama yang besar-besar adalah dikarang
dalam bahasa arab, dan jika ianya diterjemahkn ke dalam bahasa melayu ianya
tetap tidak sama seperti yang dikarang dalam bahasa arab, ini kerana bahasa arab
adalah bahasa yang penuh dengan makna-makna yang
tinggi yang tidak dapat diterjemah ke dalam bahasa lain.
5) Bahasa arab juga sangat-sangat diperlukan dalam alam pengajian
kita umat islam, kerana kita dari kecil lagi sudah diajar subjek-subjek yang
bersangkut paut dengan bahasa arab, seperti: ilmu tauhid, tajwid, dan
sebagainya,
Oleh yang demikian maka wajarlah kita memandang pentingnya
bahasa arab dalam kehidupan seharian kita....
Wednesday, December 5, 2012
O Allah..I'm waiting for the call!
Semoga mendapat haji yang Mabrur!
O Allah..I'm waiting 4 the call!
Sunday, December 2, 2012
Kenapa kita perlu belajar Bahasa Arab?
Kerana Bahasa Arab itu bahasa Ahli Syurga...
Kerana ia Bahasa para Anbiya'(Nabi2)...
Kerana ia bahasa Al-Qur'an & Hadis...
Ia juga merupakan Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang Ke-3,
Ibni Qayyim Al-Jauziah rahimahullah berkata: “Sesungguhnya kelebihan Quran akan diketahui oleh seseorang yang tahu bercakap Arab, tatabahasa, nahu, ilmu sastera, dan membaca syair-syair Arab, khutbah-khutbahnya, rencana-rencananya…….” Rujukan: Kitab Ulum Quran: Al-Fawaid, ms: 7
Jom belajar bahasa Syurga sekarang!
Kerana ia Bahasa para Anbiya'(Nabi2)...
Kerana ia bahasa Al-Qur'an & Hadis...
Ia juga merupakan Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang Ke-3,
Berusahalah Berbahasa Arab Dengan Fasih