Sambungan....
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه وسلم
Suka saya
memulakan perbincangan kita, dengan mengetengahkan beberapa hadith dan athar
yang menunjukkan tentang kepentingan mendalami bahasa Al Quran ini. Diharap ia
akan menjadi peniup semangat untuk kita sama-sama dalam rangka untuk
menpelajarinya perlahan-lahan .
Ketahuilah,
bahawa bahawa ilmu bahasa arab itu amat luas, dan ia mempunyai puluhan cabang ilmu yang mempunyai
pengertian dan kepentingan tersendiri. Walaubagaimanapun, ilmu paling penting dan asas dalam segenap ilmu tersebut
ialah Nahu dan Sorof. Oleh kerana pentingnya ilmu ini maka para ulama zaman berzaman telah mengingatkan anak-anak
didiknya malah mewasiatkannya kepada ahlinya untuk menuntut kedua-dua ilmu ini .
Antaranya
Imam Ibn al Wardi berkata di dalam Lamiahnya;
''Percakapan itu menjadi indah dengan ilmu Nahu. Sesiapa yang tidak mengerti ilmu Nahu maka cederalah percakapannya''
Berkata
Imam al Baihaqi, dari Syu'bah bahawa
beliau berkata ;\
''Jika seorang Muhaddith (pakar hadith) tidak mengetahui Nahu, maka hanya seperti himar yang pada kepalanya uncang makanan tetapi tanpa gandum di dalamnya.''
Dari Abi al
Zanad dari bapanya, bahawa beliau berkata;
'' Tidaklah menjadi zindiq orang di timur melainkan kerana jahil dengan kalam Arab.''
Dari Ibnu
Mubarak, katanya
'' Seseorang tidak dapat menerima apa-apa ilmu selagi mana dia tidak menghiasi ilmunya dengan mempelajari bahasa Arab.''
Telah
berkata Jalaluddin al Suyuti di dala Syarah Alfiyahnya, katanya;
'' Telah bersepakat para ulama' bahawa Nahu amatlah diperlukan dan dikehendaki dalam (memahami) setiap disiplin ilmu terutama tafsir dan hadith. Hal ini kerana tidak boleh seseorang itu berkata-kata mengenai Kitabullah sehingga benar-benar mahir dengan Bahasa Arab, kerana Al Quran itu berbahasa Arab maka seseorang tidak mampu memahami maksudnya melainkan dengan mengetahui qawaid bahasa Arab. Begitu jugalah dengan ilmu hadith.''
Telah
berkata Ibnu al Solah;
''Wajiblah ke atas Muhaddith agar tidak meriwayatkan hadith dengan bacaan yang mempunyai lahan (yang telor)''
Dari Abi
Daud berkata, saya mendengar al Asmai'e berkata
''Perkara yang paling aku takuti berlaku ke atas penuntut ilmu ialah apabila mereka tidak mengetahui Nahu, maka mereka akan termasuk dalam golongan yang disabdakan Nabi,
(( Sesiapa yang berbohong ke atasku secara sengaja maka
sesungguhnya dia telah menyediakan
kerusinya didalam neraka ))
Hal ini kerana Rasulullah tidak meriwayatkan hadith dengan
bahasa mempunyai lahan. Maka apabila seseorang itu meriwayatkan sesuatu hadith
lalu dia berlahan , maka dia telah
melakukan pendustaan ke atas Rasulullah.''
Saya sudahi kalam dengan kelebihan ilmu sorof
oleh Al Adib Al Allamah Syeikh Ahmad ibn Muhammad Zain al Fathani ;
Wahai sahabatku, jika kamu menghendaki kemegahan dan ketinggian, dan tinggal dalam suasana yang seronok dan bahagia di dunia dan akhirat,
Maka rebutlah waktumu dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu, dan jadikan ilmu sorof itu ilmu pertama yang kamu dalami,
Sesungguhnya sorof jika dibandingkan dengan ilmu yang lain umpama ibu mereka, dan ia bak purnama disisi bintang-bintang yang berkelipan,
Dan ia umpama lautan, sesiapa yang menyelaminya akan berjaya mendapati mutiara perbendaharaan kata rumit yang pasti amat tinggi nilainya.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وسلم والحمد لله رب العالمين
0 comments:
Post a Comment