Thursday, December 13, 2012

HIWAR:PERBUALAN ASAS B.ARAB

.::JOM NYANYI::.
ما اسمكَ؟ ما اسمكِ

MUHASABAH SEJENAK...


PETA MINDA



Wednesday, December 12, 2012

LATIHAN PENGUKUHAN:::تمرينات في العدد و المعدود



العدد و المعدود:::Arabic Numerology




Bahagian perkataan dalam Bahasa Arab





Tuesday, December 11, 2012

.::المرفوعات::.





حروف العطف.:: CO-ORDINATING CONJUNCTIONS::.




Sifir i'rab

Kalau di dalam subjek Matematik ada sifirnya,di dalam Bahasa Arab juga ada sifir ye..Nak tahu??Klik si sini sekarang!


  • Sifir ini digunakan untuk membariskan huruf akhir disetiap perkatan Bahasa Arab.Dengan adanya kaedah ini,antoum boleh la membaca petikan arab dengan sebutan yang betul.

LATIHAN PENGUKUHAN(التدريبات)

Untuk memantapkan pemahaman anda dalam tajuk ini,jom cuba buat latihan ini?

Monday, December 10, 2012

Contoh Karangan Bahasa Arab PMR



مَدْرَسَتِيْ(Sekolah Saya)

مَدْرَسَتِى كَبِيْرَةٌ وَ جَمِيْلَةٌ ونظيفة. اِسْمُهَا المَدْرَسَةُ  الثانوية الوطنية ................ وهِيَ تَقَعُ فِيْ ............... بِوِلاَيَةِ ...............
Sekolah saya besar, cantik dan bersih. Namanya SMK………..ia terletak  
di negeri ……………………………….

تُوْجَدُ فِيْ مَدْرَسَتِيْ غُرَفٌ وَأَمَاكِنُ خَاصَّةٌ مِنْهَا غُرْفَـةُ المُعَلِّمِيْنَ وَغُرْفَةُ الكُومْبِيُوْتَر وَمُخْتَبَرُ الْعُلُوْمِ وَالمَطْعَمُ
Terdapat bilik-bilik dan tempat-tempat tertentu di sekolah saya seperti bilik guru, bilik komputer, makmal sains dan kantin.

وَهُنَاكَ المسجد الكبير في مدرستي المسمى مسجد الرحمن . وَيُصَلِّيْ فِيـْهِ التَّلاَمِيْذُ وَالمُعَلِّمُوْنَ صَلاَةَ الظُّهْرِ جَمَاعَةً كُلَّ يَوْمٍ
Terdapat juga masjid besar di sekolah saya yang diberi nama ‘ masjid al-rahman’. Pelajar-pelajar dan guru-guru bersolat  zohor secara berjemaah di majsid tersebut setiap hari.

إِنَّ المُدَرِّسِيْنَ وَالمُدَرِّسَاتِ فِيْ مَدْرَسَتِيْ مُجْتَهِدُوْنَ فِيْ عَمَلِهِم.وهم مهتمون بأمور طلابهم اهتماما تاما
Guru-guru di sekolah saya rajin dalam pekerjaan mereka dan sangat cakna dengan pelajar-pelajar.


فِيْ المَدْرَسَةِ أَتَعَلَّمُ عُلُوْماً كَثِيْرَةً مِثْلَ اللُّغَةِ الْعَرَبِيَّةِ وَالرِّيَاضَةِ وَ الجُغْرَافِيَّةِ وَالعُلُوْمِ وَغَيْرِهَا
وَلِذلِكَ أُحِبُّ مَدْرَسَتِيْ حُبًّا كَثِيـْرًا
Saya belajar banyak ilmu di sekolah seperti b arab, matematik geografi sains dan lain-lain.oleh kerana itu saya sangat sayang sekolah saya.

Tips Cemerlang Bahasa Arab

Tiada jalan pintas untuk mencapai kecemerlangan dalam apa bidang sekalipun. Begitu juga Bahasa Arab yang merupakan subjek bahasa asing. Hanya pelajar yang istiqamah dan komited sahaja yang mampu mengambil subjek ini. Di sini saya berkongsi beberapa tips untuk cemerlang dalam subjek ini.




1- Perbetulkan niat kerana Allah. untuk memahami isi kandungan al-Quran, menghayati hadis rasulullah saw dan mendalami ilmu syariah.

2- Sentiasa menjaga solat, berzikir dan membaca al-quran setiap hari. Pelajari dan kuasai makna perkataan dalam solat dan zikir. Bacalah al-Quran terjemahan untuk mengetahui makna kalimah-kalimah. Lagi banyak pahala yang anda dapat bila membaca al-Quran dengan diketahui maknanya.

3- Memberi perhatian kepada penerangan guru dan mencatat segala maklumat yang diberikan. Jangan hanya menjadi seorang pendengar semata-mata.

4-Ulangkaji tajuk yang dipelajari pada hari yang sama untuk menambahkan kefahaman. Jangan menangguh-nangguhkan ulangkali tersebut kerana sifat manusia mudah lupa.

5- Sentiasa berfikir makna perkataan dalam Bahasa Arab terhadap perkara yang dilihat di depan mata. Sekiranya gagal atau tidak mengetahui, sila rujuk kawan atau kamus.

6- Gunakan ucapan dan ungkapan yang biasa digunakan dalam percakapan seharian untuk kemahiran bertutur sebagai persiapan ujian lisan. Ketepikan sifat malu dan segan!

7- Sentiasa merujuk kamus bila berjumpa perkataan baru. Sediakan juga buku catatan peribadi untuk mencatat perkataan baru yang belum diketahui.

8- Tampal perkataan-perkataan penting beserta maknanya di tempat yang biasa dilihat sama ada di depan meja ‘study’ dan sebagainya.

9- Menghafaz perkataan baru sehingga benar-benar mengingatinya.

10- Menyemak kembali hafalan lama(refresh) agar tidak lupa.

11-Hafal karangan sehingga mantap kemudian cuba menulisnya tanpa melihat teks. Buat berulang kali sehingga jawapan anda tiada sebarang kesalahan.

12- Perbanyakan latihan dan latih tubi terutama soalan nahu/qawaid. Perhatikan kesalahan-kesalahan agar tidak mengulanginya pada masa akan datang.

13- Kerap mengadakan perbincangan dalam kumpulan. Cara ini terbukti lebih mudah untuk mengingati kalimah terutama untuk memperkayakan tharwah.


Mudah-mudahan tips-tips ini dapat dijadikan panduan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti. sesiapa yang tidak mampu untuk melaksanakan perkara-perkara ini lebih baik jangan berangan untuk mencipta kejayaan dalam B. Arab.

Sunday, December 9, 2012

Jenis Ayat Bahasa Arab/الجملة العربية


  1. Ayat dalam Bahasa Arab boleh bermula dengan :
a)   Kata Nama   : زينب تصلي صلاة الظهر في المصلى 
      b)   Kata Kerja   : تصلي زينب صلاة الظهر في المصلى

  1. Ayat biasanya dilengkapkan dengan: Objek / Untuk apa / Bila / Bersama siapa / Di mana…. dan sebagainya.
  2. Lihat penjelasan di bawah :
a) ayat yang bermula dengan Kata Nama :
فاطمة
سَاعَدَتْ
أمَّها
لِتَزْيِيِنِ البَيْتْ
أمسٍ
مَعَ أخْتِهَا
Kata Nama
Kata Kerja
Objek
Mengapa
Bila
Bersama siapa
Fatimah
menolong
ibunya
mengemas rumah
kelmarin
bersama kakaknya


b) ayat yang bermula dengan Kata Kerja :
سَاعَدَتْ
فاطمة
أمَّهَا
لِتَزْيِيْنِ البَيْتْ
أمسٍ
مَعَ أخْتِهَا
Kata Kerja
Kata Nama
Objek
Mengapa
Bila
Bersama siapa
Telah menolong
Fatimah
ibunya
mengemas rumah
kelmarin
bersama kakaknya


*** Tambahan penerangan untuk perkara " 3)  b ) " ***
Jika Kata Nama lebih dari satu individu, Kata Kerja yang dipilih hanya untuk satu individu sahaja:
سَاعَدَتْ
 فاطمة و زينب
أُمَّهُمَا
  لِتَزْيِيْنِ البَيْتْ
 أَمْسٍ
مَعَ أُخْتِهِمَا
Kata Kerja = 1
Kata Nama = 2










Glosari:
1)      Ayat yang dimulai dengan Kata Nama =  الجملة الإسمية   
2)       Ayat yang dimulai dengan Kata Kerja = الجملة الفعلية

Buah-buahan/الفواكة

 Jom belajar nama buah-buahan dalam bahasa arab!
.::Sesungguhnya Bahasa Arab itu  sangat indah::.

Mudzakkar (Laki-laki) – Muannats (Perempuan) /مُذَكَّر- مُؤَنَّث


                                                                    Adakah anda tahu?

Dalam tatabahasa Arab, isim terbahagi kepada dua jenis(dari segi jantinanya)iaitu:

1- Mudzakkar (laki-laki)     2- Muannats (perempuan). 

Contoh Isim Mudzakkar
Contoh Isim Muannats
عِيْسَى
(= ‘Isa)
مَرْيَم
(= Maryam)
اِبْنٌ
(= anak lelaki)
بِنْتٌ
(= anak perempuan)
بَقَرٌ
(= lembu jantan)
بَقَرَةٌ
(= lembu betina)
بَحْرٌ
(= laut)
رِيْحٌ
(= angin)

Dari segi bentuknya, Isim Muannats biasanya ditandai dengan adanya tiga jenis huruf di belakangnya iaitu:

a) Ta Marbuthah ( ة ). Misalnya: فَاطِمَة (=Fatimah), مَدْرَسَة (=sekolah)

b) Alif Maqshurah ( ى ). Misalnya: سَلْمَى (=Salma), حَلْوَى (=manisan)

c) Alif Mamdudah ( اء ). Misalnya: أَسْمَاء (=Asma’), سَمْرَاء (=perang)

  • Namun adapula Isim Muannats yang tidak menggunakan tanda-tanda di atas.

          Misalnya: رِيْحٌ (= angin), نَفْسٌ (= jiwa, diri), شَمْسٌ (= matahari)

  • Bahkan ada pula beberapa Isim Mudzakkar yang menggunakan Ta Marbuthah.

          Contoh: حَمْزَة (= Hamzah), طَلْحَة (= Thalhah), مُعَاوِيَة (= Muawiyah)

أَدَوَاتُ الاِسْتِفْهَام- ADAWAT AL-ISTIFHAM (Kata Tanya)





Kata tanya dalam bahasa arab ada dua(2) :
        1)    dalam bentuk isim
        2)    dalam bentuk huruf

  • Kata tanya dalam bentuk isim :


           -  adalah kata tanya dengan menggunakan isim sebagai kata tanyanya, isim-isim ini juga dinamakan 
             dengan "isim istifham".

           -Contoh  penggunaan isim istifham  ini adalah:
               
             
Kata Tanya
Contoh  dalam bentuk ayat.
Contoh Jawapan
هَلْ / أَ
هَلْ أَنْتَ مَرِيْضٌ ؟
لاَ، أَنَا فِيْ صِحَّةٍ
(=adakah)
(=adakah awak sakit?)
(=tidak, saya sehat)
مَاذَا / مَا
مَاذَا تَكْتُبُ ؟
أَكْتُبُ رِسَالَةً
(=apa)
(=apa yang awak tulis?)
(=saya menulis surat)
 مَنْ
مَنْ كَتَبَ هَذَا ؟
أَحْمَدُ كَتَبَ هَذَا
(=siapa)
(=siapa yang menulis ini?)
(=Ahmad yang menulis ini)
أَيَّةُ / أَيُّ
أَيُّ قَلَمٍ تُحِبُّ ؟
أُحِبُّ قَلَمَ اْلأَسْوَدِ
(=yang mana)
(=Pen yang mana awak suka?)
(=saya suka pen yang hitam)
مَتَى
مَتَى تَذْهَبُ ؟
أَذْهَبُ غَدًا
(=bila)
(=bila awak pergi?)
(=saya pergi esok)
أَيْنَ
أَيْنَ تَذْهَبُ ؟
أَذْهَبُ إِلَى الْقَرْيَةِ
(=dimana)
(=Ke mana awak pergi?)
(=saya pergi ke kampung)
كَيْفَ
كَيْفَ تَذْهَبُ ؟
أَذْهَبُ بِالْحَافِلَةِ
(=bagaimana)
(=bagaimana awak pergi?)
(=saya pergi dengan bas)
كَمْ
كَمْ يَوْمًا تَذْهَبُ ؟
أَذْهَبُ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ
(=berapa)
(=berapa hari awak pergi?)
(=Saya pergi selama tiga hari)
لِمَاذَا / لِمَا
لِمَاذَا تَأَخَّرْتَ ؟
الطَّرِيْقُ مُزْدَحِمَةٌ
(=mengapa)
(=mengapa awak lambat?)
(=Jalan sesak)
لِمَ
لِمَ سَأَلْتَ ذَلِكَ ؟
حَقِيْقَةً لاَ أَفْهَمُ
(=kenapa)
(=kenapa awak bertanya itu?)
(=sesungguhnya saya tidak paham)
لِمَنْ
لِمَنْ هَذَا الْقَلَمُ ؟
هَذَا قَلَمُ أَحْمَدِ
(=punya siapa)
(=kepunyaan siapa pen ini?)
(=ini pen Ahmad)

  • Kata tanya dalam bentuk huruf :


           - ada dua jenis, iaitu: 1)dengan menggunakan huruf hamzah ( أَ )     2) dan huruf hal ( هَلْ )

           - Contoh  penggunaan dua huruf ini adalah:

                    1. Penggunaan “a”
أَأَنْتُمْ أَعْلَمُ أَمِ اللَّهُ
                        “Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah (yg lebih mengetahui)?” (QS. Al-Baqarah: 140)

                    2. Penggunaan “Hal”
هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا
                        “Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Allah (yang patut disembah)?” 
                          (QS. Maryam: 65)

               Video ini menunjukkan perbualan yang menggunakan 'adawat istifham' 
                yang telah kita pelajari tadi...Selamat menghayati~~